Wednesday, July 24, 2013

Kek Coklat Kukus



Bahan-Bahannya.
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya:
  1. Masukan koko, gula,susu cair, susu manis, dan minyak masak ke dalam periuk kemudian, kacau sedikit.(sekit jer tak perlu banyak-banyak.)
  2. Kemudian kacaukan (gaya cam nak pukul telur) di atas api yang perlahan, sehingga bahan-bahan larut. Apabila dah larut tutup api.. dan kite teruskan ke langkah yang ketiga;
    pastikan minyak bersatu dengan adunan.. jgn bagi die terapung-apung kat bahagian atas

  3. Pukul telur sehingga kembang (jangan pukul banyak-banayak arah nanti keknye x jadi..ingat buat 1 arah sahaja)
  4. Campurkan adunan koko bersama telur yang telah dipukul kembang.(gaul rata-rata tau)
  5. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat..(kalo boleh ayak laa lebih dari 3 kali..)
  6. Campurkan adunan koko dengan tepung yang telah diayak tersebut..(gaul rata-rata)
  7. Tuangkan dalam acuan paras 3/4 acuan
  8. pastikan air telah mendidih apabila hendak mengukusnya..
  9. Tutup dengan sesuatu seperti kain yang nipis atau aluminium foil agar permukan kek tidak berketul-ketul.
  10. Kukus sehingga masak...(anggaran untuk kek tersebut masak dalam 1 jam)
  11. Angkat dan sejukan


Cara-cara mengatahui kek sudah masak atau belum?
  • cucukan lidi sate  ke dalam kek..(kalo x de, boleh gune pisau atau sudu, cume nanti kek anda akan kelihatan belubang sikit.. atau mungkin banyak..) 
  • keluarkan lidi tersebut kemudian lihat pada lidi tersebut..
  • kalo terdapat warna coklat banyak atau kek(serpihannye jerr) yang melekat pada lidi.. maknanya belom masak laa tuu.. tapi kalo bersih ..cume coklat sikit maknanya dah masak ... yay 
    EXTRA TIPS: cairkan coklat cadbury(sila rujuk mana2 sumber yang betul untuk mencairkan coklat) kemudian makan kek tersebut bersama coklat cadbury... hah.. memang sedap.. kek coklat yang pait&lemak&manis.. dicampurkan dengan cadbury umm.. Sedap!..